Tuesday, April 20, 2010

Ust Zahazan : Tarbiyah Anak-anak

Oleh Riduan Khairi


Hari ini (Ahad 07 Februari) saya sempat mengikuti syarahan oleh Ustaz Zahazan Mohamad. Syarahan selama 1 jam 30 minit ini mengupas Tarbiyah Anak-anak dengan Zikir dan Doa.
Al-fadhil Ustaz Zahazan membawakan ayat-ayat dari Surah Luqman sebagai asas perbincangan. Ayat-ayat yang dibawakan merupakan beberapa wasiat Luqman kepada anaknya.
Ternyata Luqman bukan orang biasa. Beliau ada lelaki soleh yang dirakam oleh Allah perkataanya sebagai pedoman.

Aqidah

Luqman menegaskan keutamaan aqidah sebagai nasihat pertama. Beliau melarang anaknya dari melakukan syirik.
Ustaz Zahazan menjelaskan, menyampaikan kisah-kisah nabi kepada anak-anak termasuk dalam hal yang boleh mengukuhkan akidah anak-anak. Ini kerana beriman kepada rasul-rasul termasuk dalam rukun iman yang 6.
Sebahagian dari ibu bapa hari ini, lebih senang menceritakan cerita-cerita rakyat yang diragui kesahihannya dan pendomannya.
Solat
Antara asas penting dalam mendidik anak ialah solat. Apabila baik solat seseorang manusia itu, nescaya urusan lainnya akan baik juga.
Ustaz Zahazan membawakan beberapa panduan untuk membudayakan solat dalam jiwa anak-anak. Antaranya :
1. Mengajar anak cara wudhu yang benar.
2. Mengajar anak cara solat yang benar.
3. Membawa anak-anak berjamaah ke masjid sedari kecil.
4. Salat bersama-sama keluarga ketika berada di rumah.
5. Mengutamakan salat walaupun dalam keadaan musafir. Beliau mencadangkan salat untuk orang yang musafir dilakukan ketika dalam perjalanan untuk menegaskan peri pentingnya salat.
6. Doa. Selalu mendoakan agar anak-anak tetap menjaga salatnya walaupun berjauhan dari perhatian keluarga.
Akhlak
Yang masuk syurga kelaknya banyak dari kalangan orang-orang yang punya akhlak mulia.
Luqman mewasiatkan anakanya agar tidak sombong. Antara perbuatan yang sombong yang disebutkan ialah mendongakkan wajah seperti unta yang sakit lehernya.
Sebelum berakhir, Ustaz Zahazan membawakan serangkap kata pujangga dari Pendeta Za’ba :
Berbuat baiklah wahai teman,
Walau tidak dikenal insan,
Walau dicampak ke tengah lautan,
Walau tidak di makan ikan,
Tuhan tahu ia kah bukan.
Syarahan diadakan di Palma Villa Club House, Bandar Putra Kulai.

0 comments: