Berikut adalah senarai sepuluh aktiviti yang dicadangkan untuk dilakukan bersama anak – anak setiap hari. Mungkin tidak semua dapat dilaksanakan sekali gus pada setiap hari, namun anggaplah ini sebagai ‘list to do’ untuk aktiviti yang patut kita lakukan hari ini. Semoga senarai ini juga dapat membantu yang lain diluar sana untuk beraktiviti bersama anak – anak. 1. Membaca untuk anak – anak
2. Meminta anak – anak membaca
3. Membaca/ mengahafal/ mendengar bacaan Al Quran
4. Berlatih kemahiran matematik bersama
5. Menulis
6. Belajar/ mendalami Islam
7. Berbual
8. Aktiviti mendengar dan menulis
9. Belajar/ memahami Bahasa Arab
10. Menyelia dan mempraktikkan budaya kebersihan dan kekemasan
1. Membaca untuk anak kita setiap hari
Kelebihan membaca untuk anak anda adalah:
- Kita akan mempunyai masa yang berkualiti bersama anak -anak, dan menunjukkan kepada mereka bahawa mereka adalah penting bagi kita
- Ini membantu menambah perkataan – perkataan baru dalam kamus anak – anak
- Ini membantu anak – anak kita belajar menyebut perkataan dengan betul
- Aktiviti ini membantu anak – anak mempelajari lenggok bahasa, dimana perlu berhenti seketika, di mana perlu ditekankan
- Ianya membantu melatih kemahiran mendengar, tahap perhatian dan keupayaan untuk fokus pada diri anak – anak
- Ini membolehkan berlakunya perkembangan dalam pemahaman anak – anak terhadap dunia dengan memberikan pendedahan baru kepada mereka
- Ianya juga memberi peluang kepada anak – anak untuk bertanyakan soalan atau menyatakan pendapat dan pandangan mereka.
Antara bahan yang boleh dibaca: buku cerita, Al Quran, Al Hadith, artikel, surat khabar
Tip: Pastikan berbincang selepas membacakan untuk mereka
2. Meminta anak – anak membaca
Kemahiran membaca adalah sama seperti kemahiran – kemahiran lain, perlukan latihan supaya untuk menguasainya
Membaca setiap hari adalah penting!
Bahan untuk dibaca anak – anak adalah bergantung kepada tahap umur masing – masing: Huruf, perkataan, ayat, perenggan, cerita, Al Hadith, Al Quran
Mintalah anak – anak kita membacakan untuk kita dan berilah semangat kepada mereka untuk terus membaca.
3. Membaca/ mengahafal/ mendengar bacaan Al Quran
Semak kebersamaan kita dengan Al Quran setiap hari.
- Cuba untuk menghafal sesuatu yang baru setiap hari, walaupun hanya satu ayat.
- Mendengar bacaan Al Quran (mp3 player dan sebagainya)
Matematik ada di rumah kita. Jadi berlatih asas matematik bersama anak – anak adalah sesuatu yang menyeronokkan dan dalam masa yang sama matematik adalah satu kemahiran yang penting. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti:
- Menyelesaikan soalan yang diberikan
- Bermain teka – teki matematik
- Kelas matematik
- Lebihkan fokus kepada aplikasi matematik yang mudah dan sememangnya digunakan dalam kehidupan harian seperti menyukat, menganggar, mengira dan menyelesaikan masalah. Cuba dapatkan matematik pada setiap ruang kita bersama dengan mereka!

0 comments:
Post a Comment