Tuesday, April 20, 2010

Silibus Tarbiah

Penekanan-penekanan yang harus diberi dalam pendidikan anak-anak
Untuk melahirkan kanak-kanak yang berjiwa ‘teguh’ terhadap Islam, berkeperibadian seimbang dan bersifat rabbani, maka mereka seharusnya menerima pendidikan menyeluruh dan seimbang. Jesteru itu para pendidik (murabbi) dalam menyediakan bahan-bahan pendidikan mereka hendaklah menyentuh semua aspek yang diperlukan bagi mencapai kesempurnaan hidup sebagai manusia.
Antara silibus pendidikan-pendidikan yang perlu diberi perhatian ialah:
1. Pendidikan Keimanan (Pendidikan Imaniyah)
1.1 Pendidikan Keimanan kepada Allah
1.2 Pendidikan Jiwa dengan akhlak mulia (Sifat Al-Hikmah, Sifat Al-Iffah, Sifat Asy-Saja’ah, Sifat Al-Adalah)
2. Pendidikan Kerohanian (Pendididikan Ruhaniyyah)
3. Pendidikan Aqal (Pendididikan Aqliah)
4. Pendidikan menanamkan kemerdekaan Jiwa (Pendididikan Nafsiah)
5. Pendidikan Kesihatan Jasmani (Pendididikan Jismiah)
6. Pendidikan Pergaulan (Pendididikan Ijtima’iah)
7. Pendidikan Pergaulan Antara Jantina (Pendididikan Jinsiah)
8. Pendidikan Kemahiran.
Tambahan & Perincian

Pembinaan Akhlak
Asas pertama               :           Adab (Sopan-santun)
Asas kedua                  :           Jujur
Asas ketiga                   :           Menjaga rahsia
Asas Keemapat            :           Amanah
Asas Kelima                 :           Lapang dada dan tidak dengki
Pembinaan Perasaan
Asas pertama               :           Kucupan dan kasih sayag kepada anak
Asas kedua                  :            Bermain dan bercanda dengan anak
Asas ketiga                   :           Memberi hadiah dan saguhati kepada anak
Asas Keempat              :           Membelai kepala anak
Asas kelima                  :           Menyambut anak dengan baik
Asas keenam                :           Mengambil tahu keadaan anak dan menanyakannya
Asas ketujuh                 :           Perhatian dan jagaan khusus kepada anak perempuan dan anak yatim
Asas kelapan                :           Seimbang(adil)  dalam memberikan kecintaan kepada anak tanpa berlebihan dan pengabaian.
Pembinaan Keilmuan dan Pemikiran
Asas pertama               :           Menanamkan kecintaan kepada ilmu dan adab-adabnya kepada anak.
Asas kedua                  :           Memberikan tugas menghafaz sebahagian dari ayat-ayat al-Quran dan hadith.
Asas Ketiga                  :           Memilihkan guru dan sekolah yang baik bagi anak
Asas keempat               :           Mengajarkan bahasa arab kepada anak
Asas Kelima                 :           Mengajarkan bahasa asing kepada anak
Asas keenam                :           Membimbing anak sesuai dengan kecenderungan ilmiahnya
Asas Ketujuh                :           Perpustakaan Rumah dan pengaruhnya bagi pembinaan keilmuan anak.
Asas kelapan                :           Kisah para ulama salafus soleh dalam menuntut ilmu kecil

Pembinaan Dorongan Syahwat
Asas pertama               :           Anak harus minta izin bila hendak masuk ke bilik Ibubapa
Asas kedua                  :           Membiasakan anak agar menundukkan pandangan dan memelihara aurat.
Asas ketiga                   :           Memisahkan tempat tidur anak dengan saudaranya.
Asas Keempat              :           Tidur dengan berbaring di sisi kanan dan tidak tidur telungkup
Asas Kelima                 :           menjauhkan anak dari bergaul dengan lawan jenis
Asasa Keenam             :           Anak mulai dewasa harus belajar kewajipan-kewajipan mandi dan sunah-sunahnya.
Asas Ketujuh                :           Menjelaskan bahagian awal surah an-nur kepada anak yang mulai dewasa
Asas Kelapan               :           Pendidikan seks bagi anak yang sudah dewasa dan melarang berbuat kekejian (zina).
Asas Kesembilan          :           Pernikahan awal
Kaedah-kaedah mendidik anak menurut nabi saw
Asas-asas kaedah yang harus dipengangi oleh kedua ibubapa dan para pendidik
1. Keteladan yang baik
2. Waktu yang tepat memberikan bimbingan
3. Bersikap adil dan sama terhadap sesama anak.
4. Memenuhi hak-hak anak
5. Mendoakan anak
6. Membelikan alat permainan untuk anak
7. Membantu anak untuk berbuat baik dan patuh.
8. Menjauhi banyak mencela.
Asas-asas kaedah pemikiran yang berpengaruh terhadap pemikiran anak

  1. Membawakan kisah
  2. Bercakap secara langsung
  3. Bercakap kepada anak sesuai mengikut kemampuan akalnya.
  4. Perbincangan yang dingin
  5. Kaedah pengalaman praktis
  6. Mengajarkan keperibadian nabi untuk diteladani.

TIPS : 40 kesilapan mendidik anak

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Oleh: Dr. Hassan Ali

TIPS BERGUNA BUAT IBUBAPA

Oleh : Zuridan Mohd Daud
Pada 15 Oktober 2008, saya menjadi moderator Forum Keluarga Bahagia anjuran UMP dengan mengenengahkan tiga ahli panel iaitu, Ust Badlishah Alaudin Kadi Temerloh, Dato’ Abdu Hamid Ketua Hakim Syarie Pahang dan Hajjah Anis Abdullah Ibu Mithali Yadim 2007. Di samping jadi moderator saya sebenarnya byk belajar daripada ketiga-tiga panel yang mantap-mantap belaka.

Apa yang ingin saya kongsi di sini ialah tips yang diberikan oleh Hajjah Anis atau Ibu Anis dalam mendidik anak-anaknya hingga berjaya. Semua 7 orang anaknya menjadi doktor perubatan dan 3 orang darinya menjadi doktor pakar. Antara rahsia mendidik anak yang diberikan ialah:

  1. Tegas, iaitu hendaklah bertegas dengan anak-anak seperti ketika menyuruh tutup tv pastikan mereka menutupnya. Jika suruh mandi pastikan mereka mandi dan disiplinkan mereka mengemas rumah.
  2. Makan berjamaah bersama anak-anak.
  3. Ajar solat ketika masih kecil.
  4. Ibubapa tunjukkan minat membaca kepada mereka dengan rajin membaca buku atau akhbar di rumah serta wujudkan mini perpustakaan atau ruang membaca di rumah.
  5. Wujudkan suasana rumah yang aman, damai dan bersih supaya anak-anak lebih suka duduk di rumah dari berjalan ke sana ke mari.
  6. Berhubung sentiasa dengan mereka jika mereka sudah belajar di luar (asrama).
  7. Tanya masalah mereka selalu.
  8. Selalu ziarahi mereka di asrama sekolah dan masak masakan kegemaran mereka untuk makan bersama.
  9. Berhubung sentiasa dengan sekolah dan guru-guru mereka.
  10. Jadikan anak-anak bila dewasa sebagai rakan dan teman.
  11. Setiap kali menghadapi peperiksaan ibubapa puasa dan solat hajat doakan mereka begitu juga anak-anak. Baca ayat “Alam Nasyrah” untuk lapangkan dada.
  12. Banyak makan ikan dan kurangkan makan ayam atau daging.
  13. Beri mereka makan kismis dan bekalkan kepada mereka di sekolah/asrama.
  14. Makan cokelat.
  15. Kurang membawa anak-anak keluar atau makan di luar. Lebih utamakan masakan sendiri untuk anak.

Ahli panel juga menjelaskan tentangnya wujudnya ibubapa yang membiarkan anak-anak dididik oleh pembantu rumah hinggakan mereka lebih rapat dengan pembantu rumah dari ibubapa sendiri. Beliau juga menegaskan bagaimana fenomena sekarang di mana ibubapa membiarkan anak-anak menonton tv dengan bebas terutama rancangan Astro yang jelas banyak merosakkan minda anak-anak (eloknya setiap rumah muslim tiada Astro kerana ia jelas mengganggu pembelajaran anak-anak) dengan budaya hidonisme sonsang yang pasti merosakkan sahsiah anak-anak.
Demikianlah sedikit catatan yang sempat saya buat sepanjang Forum tersebut. Begitu menarik untuk direnung bersama….Semoga Allah Taala membantu kita mentarbiah anak-anak kita. Tak dapat jadi doktorpun biarlah jadi anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kita di dunia dan akhirat.

Cara Jepun Mendidik Anak

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan
pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik
buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia
ialahSHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir
menggunakan otak kanan yang
diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif
berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap
untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan
di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding
kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu
mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan
serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa
dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa
seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan
keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :
1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap
padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia
budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan
sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang
bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas
hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka
sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan
badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba
pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun
pagi.Insya-Allah menjadi.
2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna
kad dalam masa
seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja
perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan
tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka
cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan
bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat
atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak
anda main tanah
liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan
sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan
anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis
gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh
anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu
lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda
kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana
mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja
tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.
4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan
semuanya dalam otak
kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke
cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
5) Cuba bina daya imaginasi mereka
dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula
cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan
mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .
6) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan
kemudian suruh
mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka
pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti
memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh
bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian
kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk
mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak
dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak
perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.
Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang
benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan
kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap
dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di
antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga
memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa
yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba
ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud
anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan
bising ” .

Tarbiyyatul Awlad: 10 Aktiviti Bersama Anak-Anak Kita

Berikut adalah senarai sepuluh aktiviti yang dicadangkan untuk dilakukan bersama anak – anak setiap hari. Mungkin tidak semua dapat dilaksanakan sekali gus pada setiap hari, namun anggaplah ini sebagai ‘list to do’ untuk aktiviti yang patut kita lakukan hari ini. Semoga senarai ini juga dapat membantu yang lain diluar sana untuk beraktiviti bersama anak – anak. 1.      Membaca untuk anak – anak
2.      Meminta anak – anak membaca
3.       Membaca/ mengahafal/ mendengar bacaan Al Quran
4.      Berlatih kemahiran matematik bersama
5.      Menulis
6.      Belajar/ mendalami Islam
7.      Berbual
8.      Aktiviti mendengar dan menulis
9.      Belajar/ memahami Bahasa Arab
10.  Menyelia dan mempraktikkan budaya kebersihan dan kekemasan
1. Membaca untuk anak kita setiap hari
Kelebihan membaca untuk anak anda adalah:

  • Kita akan mempunyai masa yang berkualiti bersama anak -anak, dan menunjukkan kepada mereka bahawa mereka adalah penting bagi kita
  • Ini membantu menambah perkataan – perkataan baru dalam kamus anak – anak
  • Ini membantu anak – anak kita belajar menyebut perkataan dengan betul
  • Aktiviti ini membantu anak – anak mempelajari lenggok bahasa, dimana perlu berhenti seketika, di mana perlu ditekankan
  • Ianya membantu melatih kemahiran mendengar, tahap perhatian dan keupayaan untuk fokus pada diri anak – anak
  • Ini membolehkan berlakunya perkembangan dalam pemahaman anak – anak terhadap dunia dengan memberikan pendedahan baru kepada mereka
  • Ianya juga memberi peluang kepada anak – anak untuk bertanyakan soalan atau menyatakan pendapat dan pandangan mereka.
Teruskan membaca untuk anak – anak selagi mana mereka menunjukkan minat terhadap aktiviti ini.
Antara bahan yang boleh dibaca: buku cerita, Al Quran, Al Hadith, artikel, surat khabar
Tip: Pastikan berbincang selepas membacakan untuk mereka
2. Meminta anak – anak membaca
Kemahiran membaca adalah sama seperti kemahiran – kemahiran lain, perlukan latihan supaya untuk menguasainya
Membaca setiap hari adalah penting!
Bahan untuk dibaca anak – anak adalah bergantung kepada tahap umur masing – masing: Huruf, perkataan, ayat, perenggan, cerita, Al Hadith, Al Quran
Mintalah anak – anak kita membacakan untuk kita dan berilah semangat kepada mereka untuk terus membaca.
3. Membaca/ mengahafal/ mendengar bacaan Al Quran
Semak kebersamaan kita dengan Al Quran setiap hari.
  • Cuba untuk menghafal sesuatu yang baru setiap hari, walaupun hanya satu ayat.
  • Mendengar bacaan Al Quran (mp3 player dan sebagainya)
4. Berlatih kemahiran matematik bersama.
Matematik ada di rumah kita. Jadi berlatih asas matematik bersama anak – anak adalah sesuatu yang menyeronokkan dan dalam masa yang sama matematik adalah satu kemahiran yang penting. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti:
  • Menyelesaikan soalan yang diberikan
  • Bermain teka – teki matematik
  • Kelas matematik
  • Lebihkan fokus kepada aplikasi matematik yang mudah dan sememangnya digunakan dalam kehidupan harian seperti menyukat, menganggar, mengira dan menyelesaikan masalah. Cuba dapatkan matematik pada setiap ruang kita bersama dengan mereka!
5. Menulis

Otak Kanan – Teknik Jepun Shichida Methods…

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas…yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje…dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar
aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku…dah nampak keberkesanannya.
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas
hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur,ramas- ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun
awal…. sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. .buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat. .macam..a. .b..c..d. .e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat
otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu…kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar. .. potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe……. … satu lagi cuba korang lukis gambar,
contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan
otak kanan….Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai. …sebab depa makan guna chopstik….chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak…….. sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die…..
5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa……. .. kita pun bukan tak biasa merapu…… .

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam…..bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni semua utk aktifkan
otak sebelah kanan. Tapi ingat…..semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.


Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi….Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yang  Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak……Aku pun tengah try lagi ni…

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca….
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak… .. itu lah yang anak akan buat…..so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak…contohnya. …Tolong
senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

Raikanlah Fitrah Anak !

Sememangnya semua ibu bapa menginginkan anak yang cerdik, pintar, bijak dan seterusnya berjaya dalam akademik. Terutama dalam situasi sekarang. Ibu bapa berlumba-lumba agar anak lebih cepat pandai membaca, menulis, mengira, membaca Al-Quran (4M) seawal mungkin. Ibu bapa akan timbul cemburu sekiranya terdapat anak-anak rakan atau jiran yang lebih terdahulu pandai 4M diatas berbanding anak mereka. Lebih-lebih lagi apabila melihat media mendedahkan terdapat kanak-kanak yang sudah pintar sains, matematik seawal umur 4 tahun dan 6 tahun. Dan ada pula kanak-kanak yang seawal umur 12 atau 13 tahun sudah memulakan pengajian di Oxford University.
Pastinya sebagai ibu bapa kita akan rasa tercabar serta terdorong untuk meletakkan anak-anak kita seperti situasi di atas.
Perubahan zaman bukan sahaja mengubah tahap kemodenan teknologi malah mengubah tahap kecerdikan dan kematangan manusia.
Sekitar 1950 hingga 1980an, di Tanah Melayu ketika itu kanak-kanak lingkungan umur 4 hingga 6 tahun, masih tidak mempunyai pelajaran formal. Malahan masih bogel berkejaran keliling rumah mahupun mandi di sungai ataupun berkubang di bendang. Pada zaman ini kanak-kanak pada umur tersebut masih seronok bermain dengan alam. Apa yang ada dalam benak fikiran mereka adalah ‘bermain’. Celik sahaja mata, belum sempat terang tanah mereka telah mulakan agenda permainan mereka sendiri. Sehinggalah meningkat umur 12 tahun. Mereka terus bermain. Dan permainan mereka adalah lebih berbentuk alami; layang-layang, gasing, godam, galah panjang, tarik upih pinang, laga sepat, laga labah-labah, mandi sungai, mengail pelbagai lagi.
Pergi sekolah bawa ’spider’ atau guli atau gasing atau apa sahaja permainan mengikut musim. Atau setidak-tidaknya waktu rehat berkejar di kawasan lapang atau lorong; bermain galah panjang. Setibanya di rumah, berkejar pula untuk main layang-layang, main bola atau apa sahaja permainan yang berbentuk komuniti.
Waktu cuti pula gelap tanah, baru muncul muka di rumah. Ke pantai, menjala tangkap ikan atau melanggai tangkap udang atau cari siput dan kerang. Adakalanya bergelumang lumpur dengan kerbau di bendang.
 
Main, main, main, main, mainnnnnnnnnn……………………………
Pada ketika ini tak pelik sekiranya masuk tahun 1 baru belajar nak membaca, menulis, mengira.
Tetapi kenytaannya, mereka yang dibesarkan pada zaman inilah yang mana sekarang sedang dan telah menerajui Malaysia. Yang mana bergelar VIP, VVIP, VVVIP, VVVVVVIP atau sekalian banyak V untuk IP mereka.
Teringat saya pada satu ayat iklan yang mengiklankan akhbar Berita Harian.
“Dunia dah maju, zaman dah berubah!.”
Jadi, apa, kenapa dan mengapa?.
Adakah dengan perubahan zaman mengikut kemajuan teknologi; kita sebagai ibu bapa seenaknya boleh menafikan Fitrah kanak-kanak?.
Lebih mencabar jika kita sedang membesarkan anak-anak dalam situasi bandar. Fitrah bermain iaitu tujuan mencari hiburan yang sebelumnya bersifat alami bertukar kepada aplikasi teknologi. Dan pengaplikasian teknologi tersebut terdapat di Cyber Cafe serta pusat membeli belah. Ataupun dalam bentuk ‘Play Station’, ‘electronic games’ dan sebagainya yang boleh dimainkan di rumah.
Dalam pada masa yang sama ada juga kalangan ibu bapa yang menyempitkan ruang main anak-anak mereka. Seawal umur 3 atau 4 tahun sehinggalah 10 tahun, ruang bermain anak-anak ketika hari cuti disempitkan dengan kelas tuisyen, smart reader dan bermacam-macam kelas lagi. Semuanya dilakukan atas desakan bagi memastikan anak mereka ‘bijak’.
Komentar:
1. Bermain atau main adalah cara anak-anak kita berhibur. Hiburan bukan sahaja fitrah yang perlu dipenuhi pada kanak-kanak malah pada diri ibu bapa itu sendiri (iaitu orang dewasa).
2. Maka raikanlah fitrah anak-anak untuk bermain, kerana dengan cara ini mereka memuaskan kehendak hiburan mereka.
3. Namun pada pendapat saya fitrah bermain untuk kanak-kanak adalah lebih berbentuk bermain yang melibatkan kordinasi semua tubuh serta ransangan akal. Ada pun permainan elektronik hanyalah melibatkan pergerakan sedikit sahaja jari. Dan kurang melibatkan akal kerana akhirnya tindakan dalam permainan elektronik bersifat tindakan yang sterotaip.
4. Anak-anak pada zaman kanak-kanak perlu dipuaskan dengan bermain seperti makusd di atas. Kerana dengan cara ini akan meransang minda anak untuk lebih kreatif dan berinovatif. Dan apa yang lebih penting mereka punyai benteng nilai diri.
Contoh permainan yang saya ambil disini, ialah galah panjang. Kanak-kanak dapat belajar
a) Strategi menyerang dan bertahan, berhadapan dengan pelbagai cara lawan mengikut pemainnya.
b) Mengajar erti sabar apabila kalah atau ejekan dari kawan secara tidak lansung membina ketahanan minda.
c) Semangat berkumpulan serta tidak mementingkan diri sendiri.
5. Berbanding dengan permainan elektronik yang mana anak hanya ’syok sendiri’. Hakikat sebenarnya segala pergerakan dan strategi telah diprogramkan oleh komputer.
6. Namun dalam pada itu bukanlah maksud saya bahawa anak perlu bermain secara total. Tetapi sebenarnya sebagai ibu bapa kita perlu beri ruang secukupnya pada mereka. Dan apa yang lebih penting ialah permainan yang tepat.
7. Kerana pada zaman kanak-kanak sahajalah mereka berpeluang untuk bermain. Maka sekiranya kita sebagai ibu bapa menyekat hak mereka ini. Bilakah masa dan waktu lagi mereka boleh bermain. Hasilnya anak-anak tertekan dan menonjolkan rasa ‘pemberotakan hati’ mereka apabila sudah mampu punyai ‘taring’ sendiri. Mungkin ketika remaja atau peralihan remaja menuju dewasa. Buktinya pengakuan ibu Sufiah Yusuf mengenai anaknya (sumber Berita Harian – maaf tidak dapat sediakan link) yang suatu ketika dulu menjadi kanak-kanak pertama memasuki Oxford University.
 

Mendidik Anak Dengan Cinta

“Kenape Abdullah picit dakwat tu? Kan dah tumpah dah.”

“Minta maaf ummi, Abdullah tak sengaja.”

“Ummi nak marah Abdullah boleh? Tadikan ummi dah cakap jangan main dengan dakwat tu.”

“Sekarang ni kemas balik. Abdullah yang tumpahkan, lap balik sampai bersih.”

“Ok, Abdullah lap”

“tak boleh la, ummi, tak boleh la. Abdullah tak pandai, ummi buat lah”

“Kan Abdullah yang tumpah kan tadi?, Abdullah la yang kene lap. Siape yang tumpahkan die kene lap. Mari sini ummi tunjukkan.”

Biasanya ibu bapa lebih mudah memarahi anak dan melarang mereka dari meneroka dunia sekeliling mereka kerana itu lebih mudah buat kedua ibu bapa. Anda bagaimana?

Apakah anda ingin mendidik anak dengan cara yang mudah atau cara yang berkesan?

Orang yang ingin mendidik anak dengan mudah lebih suka anak mereka menjadi anak yang selalu duduk diam sahaja, menurut kata2 kedua ibubapa dengan perasaan takut. Apabila anak melakukan kesilapan, hukum mereka supaya mereka tahu apa yang mereka buat itu akan menyebabkan mereka dihukum, jadi mereka takkan mengulangi perbuatan itu lagi.

Maka lahirlah anak yang tidak melakukan perbuatan yang dilarang kerana takut akan hukuman dan ancaman dari kedua ibubapa. Diluar dari lingkungan ibubapa mereka pun bermaharaja lela berbuat sesuka hati.

Atau kebarangkalian lain, lahirlah anak yang selalu memberontak kerana mereka belajar bahawa cara untuk menyuruh orang lain melakukan apa mereka inginkan adalah dengan cara memarahi mereka, sama seperti yang dilakukan kepada mereka.

Seorang anak belajar bagaimana bertindak dengan orang sekelilingnya adalah daripada bagaimana orang sekelilingnya memperlakukan dirinya. Seorang anak yang selalu dimarahi akan belajar bahawa untuk mendapatkan sesuatu dia juga perlu memarahi orang lain. Seorang anak yang selalu dimanjai akan belajar bahawa untuk mendapatkan sesuatu dia tidak perlu berusaha apa-apa. Dan begitulah seterusnya.

Bagaimana mendidik anak agar menjadi matang sebelum usia mereka? Layanlah mereka seperti anda melayan seorang dewasa yang belum mengerti apa-apa.

Bagaimana kita menyinggapi seorang kawan yang menumpahkan dakwat di atas meja kita? Terus memarahi dan mencubit mereka? Apakah logik dari perbuatan itu yang ingin kita tanamkan pada seorang anak?

Seorang anak kecil belum lagi mahir mengawal saraf otot mereka dengan baik. Disebabkan itu, pergerakan mereka tak selancar orang dewasa. Air tertumpah, barangan terjatuh, alatan-alatan yang pecah dan sebagainya akan sering menjadi sebahagian dari jadual sehariannya. Kita yang dewasa pun kadang-kala secara tidak sengaja memecahkan barangan rumah, apatahlagi mereka.

Seorang anak kecil mempunyai perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Disebabkan perasaan inilah mereka dapat berkembang dengan pesat, belajar dengan pantas dan menuasai ilmu kehidupan. Semua yang berada di sekeliling mereka menimbulkan tanda tanya.

“Ummi, tu ape tu yang hitam tu?”

“Ummi kenape ikan tu duduk dalam air?”

“Abi kenape abi solat?”

Menghalang mereka daripada meneroka alam disekitar mereka bererti menghalang suatu kehendak yang membuak-buak dari dalam jiwa mereka. Untuk lebih mudah difahami lagi, ianya bagaikan menghalang seorang yang lapar dari makan dan seorang yang mengantuk dari tidur.

“Tapi kalau tak halang, habislah bersepah rumah. Berteraburlah semua barangan. Tak larat lah asyik nak kene kemas rumah jer.”

Hmm soal ini, kene bijak lah dalam mengaturkannya. Banyak penyelesaian yang ada, antaranya :

1. Mengajarkan mereka agar bertanggung jawab mengemaskan kembali barangan yang telah dia sepahkan. Anda boleh menjadikan mengemas itu satu perbuatan yang seolah-olahnya sangat menyeronokkan. Boleh juga memberikan syarat kepada mereka kalau nak main kene kemas balik selepas habis main. Menyediakan satu ruang khusus untuk mereka bermain juga satu kelebihan.

2. Sediakan barangan permainan yang mencukupi buat mereka. Maka mereka tak perlu bereksperimen dengan barangan kita yang lain yang lebih berharga. Tapi biasanya anak lebih berminat dengan barangan dia selalu lihat kita gunakan. Ingat mereka sebenarnya ingin belajar dan bereksperimen bukan sekadar bermain. Dia ingin merasai pengalaman membuat semuanya. Dia ingin mengetahui cara melakukan semua perkara.

3. Bermain bersama mereka akan mengubah suatu permainan yang membosankan menjadi sangat menarik. Anak sangat suka apa pun jenis permainan yang dimainkan bersama orang yang dia sayangi.

Anak yang dipenuhi kehendak perasaan ingin tahu mereka akan menjadi anak yang cepat matang. Anak yang cepat matang akan mudah menerima pelajaran. Anak yang mudah menerima pelajaran, akan sekaligus kurang merosakkan barangan dan kurang menyepahkan. Malah andai mereka diajar bertanggung jawab, mereka akan menjadi pembantu anda yang sangat baik.

Jadi, biarkan mereka bereksperimen. Biar kita susah sebentar, biar kita susah dalam usaha mereka untuk menjadi matang, biar kita susah sekarang, asalkan anak kita lebih cepat menjadi anak yang bijak dan akhirnya dapat menjadi pembantu, bukan lagi penyusah.

Sebab itu pepatah melayu mengatakan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Anak yang dididik secara ambil mudah oleh kedua ibubapa, memanglah masa kecil mereka lebih mudah kita jaga (bukan didik), tetapi apabila sampai waktu besar, sangat menyusahkan kedua ibubapa, selalu memberontak, selalu mengamuk, tidak mendengar kata, bertindak kasar, dan sebagainya. Ataupun kita bersusah payah memerhatikan pelajaran-pelajaran mereka dengan perasaan redho dan cinta, membimbing mereka dengan lemah-lembut dan kasih sayang, agar mereka nantinya juga menjadi seorang yang lemah lembut dan penuh cinta juga, hasil dari pelajaran yang mereka dapatkan dari orang disekeliling mereka.

Fitrah Pendidikan Anak

Anak-anak perlu dibelai dan diasuh mengikut fitrahnya bukan mengikut kehendak ibu bapa. Perkara yang selalu gagal difahami oleh ibu bapa tentang anak-anak ialah wujudnya ’sensitive period’ sepanjang perkembangan mereka.
Contohnya, semasa anak-anak sudah pandai bertatih, ada satu tempoh kita dapati anak-anak ini suka sangat memanjat tangga (sensitive period for stairs climbing).
Selalunya, kita akan halang anak itu sebab takut terjatuh atau tercedera. Lalu kita pasang semacam pagar di tangga untuk halang anak dari memanjat tangga. Secara tidak sedar kita halang perkembangan fizikal mereka yang sepatutnya dipuaskan secara fitrah. Sedangkan aktiviti (memanjat tangga)tersebut melatih perkembangan psikomotor anak-anak. Juga menanam rasa yakin diri pada anak-anak.
Sepatutnya, biarkan sahaja anak-anak itu meniti tangga. Jangan dihalang, tetapi dipantau dari jauh. Ibu bapa boleh sahaja mengikut dari belakang dan apabila anak-anak berjaya tiba di tangga paling atas, berikan ganjaran atas ‘kejayaannya’ itu.
Persekitaran anak-anak juga sepatutnya lebih child-centered bukan adult centered. Maksudnya, persekitaran rumah perlu membantu ke arah mengasuh fitrah anak-anak ini. Jangan terlalu taksub dengan perhiasan rumah yang mahal dan pelbagai sehingga menghalang perkembangan fizikal dan mental anak-anak.
Pada usia 0-3 tahun, anak-anak perlu dibelai dan disantuni. Mereka terlalu kecil untuk memahami jerkahan atau herdikan daripada ibu bapa (terutamanya ketika menyepah rumah dengan kertas atau mainan). Didik dan sentuh jiwa mereka dengan lembut serta kasih sayang. Kekerasan tidak membawa natijah yang positif pada peringkat ini. Pada peringkat usia 4-6 tahun boleh diperkenalkan konsep disiplin secara lembut.
Contohnya, bungkusan makanan perlu dibuang dalam tong sampah, ampaikan tuala di tempatnya atau susun kasut sebelum masuk ke rumah. Anak-anak juga sudah boleh diajar konsep perkongsian pada peringkat ini. Contohnya, makan dengan kawan-kawan bekalan makanan yang dibawa ke sekolah atau pinjamkan pensel warna kepada kawan yang terlupa membawanya ke sekolah, atau masukkan sebahagian daripada duit belanja dalam tabung Palestin setiap hari.
Berikut disenaraikan tips untuk membantu perkembangan anak-anak secara fitrah:
1. Sensitive period: menyonteng
Selalunya: Kita marah apabila anak-anak menconteng dinding. Lalu kita sorokkan pen atau pensel supaya dia tidak dapat menconteng dinding.
Kesalahan kita: Menghalang perkembangan motor halus (penggunaan jari) dan daya tumpuan anak (fokus mata)
Sepatutnya: Salurkan minat menconteng pada tempat yang betul. Sediakan kertas dan melukislah bersama anak-anak ini. Beri ganjaran pada hasil ’seninya’ dalam bentuk pujian, ciuman dan gosokan di kepala.(At the age of 18 months my little Itqan and Ijlal had already known the correct way of holding a pencil. Little Ijlal can spend hours doodling on her art book (used exercise book)instead of watching cartoons or playing with toys.)
2. Sensitive period: main pisau
Selalunya: Kita halang anak-anak masuk ke dapur setiap kali hendak masak. Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk menggunakan pisau, kita marah kerana bimbang tercedera atau terluka.
Kesalahan kita: Mematikan minatnya terhadap kerja-kerja di dapur. Dia mungkin membesar dalam keadaan membenci atau tidak berminat dengan kerja-kerja di dapur.
Sepatutnya: Sediakan set memotong khas untuknya. Gantikan pisau yang tajam dengan pisau mentega misalnya dan sediakan satu ruang khas untuk dia ‘menjalankan’ kerja-kerja dapurnya. (my little Ijlal loves to ‘help’ everytime I cook. So, she has her own butter knife to cut pieces of potatoes or carrots)
3. Sensitive period: basuh pinggan
Selalunya: Kita larang anak-anak kecil untuk membasuh pinggan sendiri kerana tidak mahu mereka main air atau pinggan tak bersih atau takut pinggan pecah.
Kesalahan kita: Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk mula membasuh pinggan, bermakna mereka telah faham sedikit sebanyak konsep kebersihan. Jika kita melarang, bermakna kita menghalang perkembangannya secara fitrah. Mereka mungkin cenderung menjadi ‘rebel’ jika keinginan ini tidak dipenuhi.
Sepatutnya: Tunjukkan cara yang betul untuk membasuh pinggan. Gunakan pinggan atau peralatan plastik jika takut pecah. Andainya tidak puas hati dengan kebersihan pinggan yang dibasuh, basuh semula ketika anak itu tidak nampak. Practice makes perfect. Selepas beberapa kali, pasti anak itu telah mahir. Selepas ini mereka pasti lebih bersemangat untuk membantu ibu di dapur kerana telah punyai satu kemahiran baru!
4. Sensitive period: makan sendiri
Selalunya: Kita tidak gemar membiarkan anak menyuap makanan sendiri kerana takut bersepah atau lambat makan.
Kesalahan kita: Secara tak langsung kita halang perkembangan koordinasi motor kasar dan halusnya (mencedok makanan dengan sudu, menyuap makanan ke mulut). Kita desak anak-anak supaya menghabiskan makanan dengan cepat sedangkan ketika makan itu derianya belajar mengenalpasti rasa dan tekstur makanan dan otaknya merekod maklumat yang dikenalpasti oleh deria itu.
Sepatutnya: Sediakan peralatan makan yang khas untuk anak-anak. Tunggu dengan sabar setiapkali anak-anak makan. Beri ganjaran setiapkali mereka berjaya menggunakan sudu atau garfu dengan betul (pujian, ciuman, tepuk tangan). Jangan dimarahi jika makanan tertumpah kerana mereka masih belum mampu mengawal pergerakan sebaik orang tua. (At the age of 3, little Itqan can eat on her own without my assistance. Little Ijlal still learning)
………more tips to come
Sensitive period bagi setiap anak adalah berbeza-beza. Jangan dilabel anak-anak itu sebagai lambat jika dia belum mencapai tahap sebagai mana anak-anak lain. Bukanlah bermakna anak itu lemah tetapi tempoh ’sensitive periodnya’ masih belum tiba. Jadi, bersabarlah dengan karenah anak-anak kerana mereka bertindak berdasarkan fitrah bukan logik akal. Semoga berjaya menjadi ibu bapa yang dirahmati Allah atas kesabaran antum mendidik anak-anak amanah daripada-Nya.

Ust Zahazan : Tarbiyah Anak-anak

Oleh Riduan Khairi


Hari ini (Ahad 07 Februari) saya sempat mengikuti syarahan oleh Ustaz Zahazan Mohamad. Syarahan selama 1 jam 30 minit ini mengupas Tarbiyah Anak-anak dengan Zikir dan Doa.
Al-fadhil Ustaz Zahazan membawakan ayat-ayat dari Surah Luqman sebagai asas perbincangan. Ayat-ayat yang dibawakan merupakan beberapa wasiat Luqman kepada anaknya.
Ternyata Luqman bukan orang biasa. Beliau ada lelaki soleh yang dirakam oleh Allah perkataanya sebagai pedoman.

Aqidah

Luqman menegaskan keutamaan aqidah sebagai nasihat pertama. Beliau melarang anaknya dari melakukan syirik.
Ustaz Zahazan menjelaskan, menyampaikan kisah-kisah nabi kepada anak-anak termasuk dalam hal yang boleh mengukuhkan akidah anak-anak. Ini kerana beriman kepada rasul-rasul termasuk dalam rukun iman yang 6.
Sebahagian dari ibu bapa hari ini, lebih senang menceritakan cerita-cerita rakyat yang diragui kesahihannya dan pendomannya.
Solat
Antara asas penting dalam mendidik anak ialah solat. Apabila baik solat seseorang manusia itu, nescaya urusan lainnya akan baik juga.
Ustaz Zahazan membawakan beberapa panduan untuk membudayakan solat dalam jiwa anak-anak. Antaranya :
1. Mengajar anak cara wudhu yang benar.
2. Mengajar anak cara solat yang benar.
3. Membawa anak-anak berjamaah ke masjid sedari kecil.
4. Salat bersama-sama keluarga ketika berada di rumah.
5. Mengutamakan salat walaupun dalam keadaan musafir. Beliau mencadangkan salat untuk orang yang musafir dilakukan ketika dalam perjalanan untuk menegaskan peri pentingnya salat.
6. Doa. Selalu mendoakan agar anak-anak tetap menjaga salatnya walaupun berjauhan dari perhatian keluarga.
Akhlak
Yang masuk syurga kelaknya banyak dari kalangan orang-orang yang punya akhlak mulia.
Luqman mewasiatkan anakanya agar tidak sombong. Antara perbuatan yang sombong yang disebutkan ialah mendongakkan wajah seperti unta yang sakit lehernya.
Sebelum berakhir, Ustaz Zahazan membawakan serangkap kata pujangga dari Pendeta Za’ba :
Berbuat baiklah wahai teman,
Walau tidak dikenal insan,
Walau dicampak ke tengah lautan,
Walau tidak di makan ikan,
Tuhan tahu ia kah bukan.
Syarahan diadakan di Palma Villa Club House, Bandar Putra Kulai.

Warna-Warni Hidup Pejuang

Semakin hari, Islam semakin dihimpit. Secara langsung, atau secara tidak disedari. Oleh kuffar atau oleh Muslim sendiri. Sunnah Allah ini sememangnya tidak mampu untuk diubah walau sedikit. Islam dan Muslim senantiasa akan dicabar, diuji dan disaring. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti, siapa yang benar-benar ikhlas dan istiqamah tegar bersama Islam.

Sejak zaman permulaan Islam sehinggalah zaman sekarang, ujian tak akan kesudahan. Tinggal lagi, apakah kita berani mendepani cabaran ataupun lari menyelamatkan diri. Maka, yang lari dan memeberi alasan itu akan tersingkir dari menerima layanan yang baik dari Allah. Kita doakan supaya akibat yang buruk tidak menimpa mereka hasil perbuatang pengecut itu.

SUNNAH PERJUANGAN

Meniti sirah perjuangan Nabi-nabi, para sahabat dan pejuang Islam pada zaman dahulu cukup baik untuk diambil iktibar. Namun, bagi kebanyakkan orang, ianya adalah tugas yang menjemukan. Membelek sejarah yang membosankan.

Ya, bosan andai kita membelek sesuatu yang tak punyai kaitan dengan diri kita. Bosan meneliti sesuatu yang tidak punyai kepentingan dan keuntungan kepada kita. Saya cuba memaami keadaan. Saya juga pernah bosan dengan sejarah. Namun kini, sejarah adalah salah satu kecintaan saya. Sejarah lampau adalah permulaan saya. Mereka pembekal semangat juang dan pembekal jati diri yang tak pernah luput.

Gergaji besi membelah kepala dan seluruh badan. Cangkul panas menggaru isi dan daging belakang tubuh. Kawah panas menjadi sauna yang membunuh. Parit api sebagai tempat bersemadi. Itulah sunnah pejuang Islam. Mereka dijanjikan layanan 1st class di sisi Allah.

Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam pernah dilontar batu sehingga darah memenuhi kasut baginda. Baginda pernah dicurahkan najis dan tanah. Fatimah menangis teresak-esak saat membersihkan debu tanah dari kepala ayahndanya tercinta. Sekatan ekonomi selama beberapa tahun juga telah dilancarkan kepada orang Islam di Mekkah. Racun Khaibar kemudiannya memberi kesan jangka panjang yang menyeksa baginda. Akhirnya, baginda wafat dengan kemuliaan.

Saidina Umar dilantik dan dibai'ahkan sebagai Khalifah Islam kedua selepas Saidina Abu Bakar pada 634M. Tanggal 644M, maut menjadi penutup hayat beliau. Kahlifah kedua Islam mati dibunuh.

Saidina Uthman mengambil alih pemerintahan Islam pada tahun yang sama (644M). Namun, tahun 656M menjadi saksi, Saidina Uthman pula menjadi mangsa pembunuhan. Khalifah ketiga Islam juga syahid.

Pemergian Saidina Umar dibantikan oleh sepupu Baginda Nabi sallallahu'alaihiwasallam, Saidina Ali pada 656M. Namun, baginda Ali juga menemui jalan kematian yang sama pada tanggal 661M.

Melangkaui dekad-dekad kepedihan. Kembali ke zaman tis'iinaat. 90an. Zaman kita. Ini zaman KITA!

Kita pastinya tidak sunyi dari menerima hikayat rampasan kuasa pemerintahan Khilafah Uthmaniyah oleh pakatan jahat munafiq dan Yahudi. Sultan Abd Hamid II, menjadi khalifah terakhir umat Islam. Baginda dibuang negeri pada malam yang sama. Akhirnya baginda wafat, selepas rawatan yang ditunggu tak kunjung tiba. Strategi menyekat ubat-ubatan cukup menyeksa jasad lemah khalifah terakhir itu.

Ketiadaan tempat bergantung harap menjadikan umat Islam semakian berpecah. Tidak ada kekuatan. Lalu, bangkit seorang anak muda berani menyeru umat Muhammad untuk kembali bersatu. Ikhwan Muslimin menjadi platform untuk mereka melancarkan refomasi kesatuan umat Islam. Hassan Al-Banna dan Syed Qutb menjadi nama harum di detik itu. Haruman nama itu menjadi kebencian kuffar dan munafiqin.

Sunnah perjuangan, Al-Banna akhirnya ditembak curi di malam gelap. Para perawat dan doktor tidak dibenarkan untuk merawat dan meneyentuh jasad beliau. Akhirnya, kematian menjemput. Jenazah almarhum hanya diuruskan oleh ayahnya yang lemah.

Syed Qutb pula membenarkan janjinya untuk tegar bersama Islam ditali gantung regim kuffar.

Syeikh Abdul Kadir Audah, pengamal undang-undang yang tegas di Mesir. Beliau bersama Syeikh Hassan Hudhaibi memimpin Ikhwan Muslimin selepas terbunuhnya Hassan Al-Banna. Tali gantung menjadi penyudah hayatnya. Kematian itu menjadi bayaran dek ketegasannya membela Islam dan keadilan.

Malcolm X, (1925-1965) anak seorang paderi yang akhirnya menjadi pembela Islam selepas mendapat cahaya kebenaran dari hikmah ibadat haji di Mekkah. Khutbah dan ucapannya menjadi perhatian ramai. Dakwah kontemporarinya yang moderat menjadi tumpuan ramai. Gelombang Islamisai melanda Amerika. Namun akhirnya, puluhan das tembakan hinggap di badan beliau pada 21 Feb 1965.

Memenuhi senarai pejuang keadilan adalah Dr. Abdullah Azzam. Figur yang telah mewakafkan dirinya untuk membela Islam dan Muslim serta Paletin tanah kecintaannya. Seluruh hidupnya diabadikan demi Islam. Sikap sebegini pastinya tidak menyenangkan musuh Islam yang senantiasa hasad dengan tegarnya beliau menjulang agama. Maka, tanggal Jumaat, 24 November 1989 menjadi saksi, jasad beliau hancur dihentam bom. Beliau gugur bersama anaknya Ibrahim dan Muhammad.

Pejuang bumi Israa' bukan seorang. Syeikh Ahmad Yassin juga melalui jalan juang yang sama. Pengasas HAMAS dan penggerak utama Intifadhah itu menjadi sasaran Apache Israel. 3 biji peluru berpandu disasarkan untuk menamatkan riwayat susuk tua yang lemah dan buta itu. 22 Mac 2004 menjadi tarikh keramat umat Islam. Mati seorang Ahmad Yassin, akan lahirnya 1000 orang Ahmad Yassin yang baharu.

Dr. Abd Aziz Rantisi, pembantu setia Ahmad Yassin juga begitu. Skrip kehidupan pejuang tak banyak berbeza. Beliau lebih rela memilih untuk mati di'tangan' Apache berbanding mati ditilam empuk. Hasratnya menjadi kenyataan. Beliau telah membuktika janji itu kepada Allah. 17 April 2004, keretanya ditabrak oleh peluru berpandu Apache Israel.

Di negara 'saya' juga tidak sunyi dari ujian dan cabaran. Pejuang Islam dan kebenaran pastinya menjadi sasaran. Samada hasad dengki atau dendam, ianya pasti adalah cabaran yang dijanjikan tuhan. Nama-nama Dato' Maharajalela, Dato' Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Sagor, Dol Said, Rosli Dhobi, Tok Gajah, Dr. Zulkifli Muhammad dan Ustaz Ibrahim Mahmud tidak akan lekang dari sejarah.

Penderitaan anak Serambi Mekah dek sekatan Ekonomi Kerajaan Persekutuan menjadi saksi kukuh. Saya juga turut merasa perit merasainya. ( Rujuk Sidang Dun Kelantan : 20 November 2007) Youtube.

Teringat kata-kata Syeikh Said Hawwa :
"Strategi melaparkan muslim samada dengan sekatan ekonomi dan apa cara sekalipun adalah teknik yang diwarisi oleh musuh Islam sejak berabad lamanya".
RENUNGAN

Akan berakhirkah episod ujian, kezaliman dan kekejaman ini...?

Ya, sabarlah saudara-saudaraku, kita telah dijanjikan Allah untuk berehat di sana.
Apakah kamu berkira-kira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan dan ujian) sebagaimana orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. 
Tribute ini juga ditujukan kepada Saudaraku, Afifi Syazwan. Moga cepat sembuh dan terus bangkit. Dikau adalah inspirasi KAMI. Dikaulah PERMATA anak Melayu di Dataran Syuhada'. Sesungguhnya, Para Syuhada' Mu'tah bersaksi akan pengorbanan yang telah dikau persembahkan. Mereka menyaksikan kezaliman menimpamu. Maka ketahuilah sahabatku, DOAmu amat dirindui Sang Pencipta.

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

Munajat Pejuang


اللهمَّ ياَ وَدُوْدُ ياَ وَدُوْدُ ياَ ذَا الْعَرْشِ الْمَجِيْدِ ياَ مُبْدِئُ ياَ مُعِيْدُ ياَ فَعَّالُ لِّمَا يُرِيْدُ . نَسْأُلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ مَلأَ أَرْكَاْنَ عَرْشِكَ وَ بِقُدْرَتِكَ الَّتِي قَدَرْتَ ِبهاَ عَلى جَمِيْعِ خَلْقِكَ وَ بِرَحْمَتِك َالَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْئٍ لا إِلهَ إِلا أَنْتَ . ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا ياَ غَيَّاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ أَغِثْنَا

اللهمَّ احْكُمْ وَاقْضِ على هَؤُلأِ الَّذِيْنَ يُؤْذُوْنَنَا بِغَيْرِ الْحَقِّ حَتَّى يَرْجِعُوْا اِلَيْكَ اللهمَّ احْكُمْ وَ اقْضِ على مَنْ ظَلَمَنَا بِغَيْرِ الْحَقِّ حَتَّى يَرْجِعُوْا اِلَيْكَ . اللهمَّ احْصِهِمْ عَدَدًا وَ اقْضِهِمْ بَدَدًا وَ لا تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا وَ اقْذِفْ فِي قُلُوْبِهِمُ الرُّعْبَ .

اللهمَّ ياَ مَنْ ذَلَّتْ لَهُ رَبُّ الْجَباَبِرَةِ وَ خَضَعَتْ لَهُ أَعْنَاقُ الأَكَاسِرَةِ لا مَلْجَأَ مِنْكَ إِلاّ اِلَيْكَ وَ إِعَانَةَ إِلاّ بِكَ وَ لا اِتْكَاْلَ إِلاّ عَلَيْكَ اِدْفَعْ عَنَّا كَيْدَ الْحَاسِدِيْنَ وَ ظُلُمَاتِ الْمُعَانِدِيْنَ وَ أَشْرَارَ الْحَاقِدِيْنَ وَ الظَّالِمِيْنَ وَ ارْحَمْناَ تَحْتَ سَرَادِقَاتِ عَرْشِكَ . يا أَكْرَمَ الأَكْرَمِيْنَ أَيِّدْ ظَاهِرَنَا في تَحْصِيْلِ مَرَاضِيْكَ وَ نَوِّرْ قُلُوْبَنَا وَ سِرِّ إِخْوَانِنَا لِلإِطْلاَعِ على مَنَاهِجِ مَسَاعِيْكَ .

اللهم باَعِدْ بَيْنَنَا وَ بَيْنَ أَعْدَائِنَا وَ مَنْ يَحْسُدُنَا كَمَا باَعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَ الْمَغْرِبِ وَ اخْطُفْ أَبْصَارَهُمْ عَنَّا بِنُوْرِ قُدْسِكَ وَ ثُبُوْتِ عَزَائِكَ إِنَّكَ أَنْتَ الْمُعْطِى لِجَلاَئِلِ النِّعَمِ بِرَحْمَتِكَ ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ .

اللهمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانِ هآمَّةِ وَ مِنْ كُلِّ عَيْنِ لاَّمَّةِ . اللهمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ في نُحُوْرِ أَعْدَائِنَا وَ مَنْ يَحْسُدُنَا وَ نَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ . اللهمَّ رُدَّ كَيْدَهُمْ على نُحُوْرِهِمْ . اللهمَّ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَ شَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَ زَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَ سَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ وَ لاَ تَطْمَعْ فِينْاَ عَدُوًّا وَ لاَ حَاسِدًا وَ لاَ مَنْ في قُلُوْبِهِمْ سُوْءُ الظَّنِّ ياَ قَهَّارُ يا جَبَّارُ يا مُنْتَقِمُ يا ذَا الْجَلاَلِ وَ الإِكْرَامِ .

اللهمَّ رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَ ثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَ انْصُرْنَا على الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ . اللهمَّ أَصْلِحْ ذَاْتَ بَيْنِنَا وَ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِنَا وَ اهْدِنَا إِلى سَبِيْلِ السَّلاَم ِوَ نَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلى النُّوْرِ وَ جَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ ماَ ظَهَرَ مِنْهَا وَ ماَ بَطَنَ . اللهمَّ أَنْتَ رَبُّ السَّتَّارِ فَاسْتُرْ عَوْرَاتَنَا وَ آمِنْ رَوْعَاتَنَا .

اللهمَّ أَعِنَّا وَ لاَ تُعِنْ عَلَيْنَا وَ انْصُرْنَا وَ لاَ تَنْصُرْ عَلَيْنَا وَ امْكُرْ لَنَا وَ لاَ تَمْكُرْ عَلَيْنَا وَ اهْدِنَا وَ يَسِّرِ الْهُدَى لَنَا وَ انْصُرْنَا على مَنْ بَغَى عَلَيْنَا .اللهمَّ اهْدِنَا إِلى سَوَآءَ السَّبِيْلِ وَ اجْعَلْنَا مِنَ الْهُدَاةِ الْمُهْتَدِيْنَ وَ الدُّعَاةِ الْمُرْشِدِيْنَ . اللهمَّ وَحِّدْ صُفُوْفَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ الْمُخْلِصِيْنَ وَ انْصُرْ جُيُوْشَ الْمُوَحِّدِيْنَ وَ مَنْ مَعَهُمْ .

اللهمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِوَجْهِ اللهِ الْكَرِيْمِ وَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بِرٌّ وَ لاَ فاَجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَ مِنْ شَرِّمَا يَعْرُجُ فِيْهاَ وَ مِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ في الأَرْضِ وَ مِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَ ِمنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَ النَّهَارِ وَ مِنْ طَوَارِق ِاللَّيْلِ وَ النَّهَارِ إِلاّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرِ ياَ رَحْمنُ ياَ رَحِيْم ُياَ فَتَّاحُ الْقُلُوْبِ ياَ سَتَّارَ الْعُيُوْبِ يا كَاشِفَ الْكُرُوْبِ إِنَّكَ أَنْتَ عَلاَّمُ الْعُيُوْبِ .

اللهمَّ ياَ مَنْ نُوْرُهُ في سِرِّهِِ وَ سِرُّهُ في خَلْقِهِ أَخْفِنَا عَنْ أَعْيُنِ النَّاظِرِيْنَ وَ قُلُوْبِ الْحَاسِدِيْنَ وَ الْبَاغِيْنَ كَمَا أَخْفَيْتَ الرُّوْحَ في الْجَسَدِ إِنَّكَ عَلى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٍ اللهمَّ اجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلى مَنْ ظَلَمَنَا وَ انْصُرْنَا عَلى مَنْ عَادَاناَ وَ لاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا في دِيْنِنَا وَ لاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَ لاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَ لاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لاَ يَخَافُكَ وَ لاَ يَرْحَمُنَا .

اللهمَّ إِنَّا نَشْكُوْ اِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِنَا وَ قِلَّةِ حِيْلَتِنَا وَ هَوَاناَ عَلى النَّاسِ . ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ أَنْتَ رَبُّ الْمُسْتَضْعَفِيْنَ وَ أَنْتَ رَبُّنَا . اللهمَّ إِلى مَنْ تَكِلُنَا إِلى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنَا أَوْ إِلى عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِنَا إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيْنَا فَلاَ نُبَالِى غَيْرَ أَنْ عَافِيَتَكَ أَوْسَعُ لَنَا مِنْ ذُنُوْبِناَ . نَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ أَشْرَقَتْ بِهِ الظُّلُمَاتِ وَ صَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدُّنْيَا وَ الآخِرَةِ أَنْ يَنْزِلَ بِنَا سَخَطُكَ أَوْ يَحِلَّ عَلَيْنَا غَضَبُكَ لَكَ الْعُتْبَى حَتَّى تَرْضَى وَ لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ .

اللهمَّ أَمَرْتَنَا بِالدُّعَاءِ وَ وَعَدْتَنَا بِالإِسْتِجاَبَةِ فَاسْتَجِبْ دُعَائَنَا . اللهمَّ لَكَ الْحَمْد ُوَ لَكَ الْمُشْتَكَى وَ بِكَ الْمُسْتَعَانُ وَ عَلَيْكَ التُّكْلاَنُ فاَسْمَعْ أَصْوَاتَ دُعَاتِكَ هَذا إِنَّكَ عَلى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٍ

Kemudian saudara-saudara menyambungnya dengan doa rabithah.


TERJEMAHAN
MUNAJAT PEJUANG
1. Ya Allah! Ya Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendaki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, tolonglah kami.

2. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menyakiti kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu. Ya Allah! Hukumlah dan hancurkanlah orang-orang yang menzalimi kami dengan cara yang tidak sebenar sehingga mereka itu kembali kepadaMu.

3. Ya Allah! Ya Tuhan yang tunduk kepadaNya pemimpin-pemimpin yang sombong. Wahai Tuhan yang tunduk kepadaNya orang-orang yang membawa perpecahan.Tidak ada yang datang dari Engkau ya Tuhan melainkan akan kembali kepadaMu jua. Tidak ada tempat untuk memohon pertolongan melainkan kepadaMu dan tidak ada tempat bergantung melainkan kepadaMu. Hindarkanlah kami daripada segala tipudaya orang-orang yang dengki dan kegelapan orang-orang yang menentang kami, jua keburukan orang-orang yang iri hati serta zalim. Dan rahmatilah kami dibawah naungan ArashMu. Wahai Tuhan yang maha Mulia, kuatkanlah tubuh badan kami untuk mendapatan keredhaanMu, dan terangilah hati-hati kami dan sanubari sahabat-sahabat kami untuk melaksanakan manhajmu.

4. Ya Allah, jauhkanlah antara kami dengan musuh-musuh kami dan orang-orang yang dengki kepada kami sebagaimana Engkau jauhkan diantara timur dan barat. Sambarlah pandangan-pandangan mereka dari melihat kami dengan cahaya kebesaranMu dan kemuliaanMu. Sesungguhnya Engkaulah pemberi sebesar-besar nikmat dengan rahmatMu, ya Tuhan yang Maha Mengasihani.

5. Ya Allah! Kami berlindung dengan kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada setiap gangguan Syaitan dan setiap penglihatan yang jahat dan membahayakan. Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami serahkan kepadaMu tengkok musuh-musuh kami dan orang-orang yang mendendami kami. Kami juga berlindung denganMu daripada perbuatan jahat mereka. Ya Allah! Kembalikanlah tipudaya mereka ke atas tengkok-tengkok mereka sendiri. YaAllah! hancurkanlah kesatuan mereka dan pecah belahkanlah panji mereka, goncangkanlah pendirian mereka dan utuskanlah keatas mereka anjing daripada anjing-anjingMu.

6. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kesabaran ke atas kami dan tetapkanlah pendirian kami. Tolonglah kami untuk menghadapi kaum yang engkar. Ya Allah! Perbaikilah hubungan diantara kami dan jinakkanlah diantara hati-hati kami. Tunjukkanlah kami jalan-jalan yang selamat dan keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhilah kami dari kekejian samaada yang zahir daripadanya mahupun yang tersembunyi. Wahai Tuhan kami engkaulah Tuhan yang maha menutup, maka tutuplah keaiban kami dan amankanlah ketakutan kami.

7. Ya Allah! Tolonglah kami, janganlah susahkan kami.Tolonglah kami, janganlah Engkau tolong mereka untuk menyusahkan kami, rancangkanlah untuk kami, janganlah Engkau rancangkan untuk mereka yang menyusahkan kami.Berilah kami hidayah, mudahkanlah hidayah itu untuk kami. Tolonglah kami untuk menentang orang yang hendak melakukan kezaliman ke atas kami. Ya Allah! Pimpinlah kami ke jalan yang lurus dan jadikanlah kami dikalangan penunjuk jalan yang mendapat petunjuk dan dikalangan para da'ie yang mendapat petunjuk. Ya Allah! Satukanlah saf pejuang-pejuang kami yang ikhlas dan bantulah tentera-tentera yang bersatu dan orang-orang yang bersama dengan mereka.

8. Ya Allah! Sesungguhnya dengan wajah (Kebesaran) Allah yang Maha mulia dan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh orang yang berbuat kebaikan mahupun kejahatan, kami berlindung daripada kejahatan-kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik ke langit, daripada kejahatan yang bertebaran di muka bumi dan yang keluar daripadanya, daripada fitnah malam dan siang, daripada kejutan bahaya-bahaya besar yang datang pada waktu malam dan siang, melainkan kejutan yang datang dengan baik. Ya Tuhan yang maha pemurah, Ya Tuhan yang amat mengasihani, Ya Tuhan yang yang membuka hati, Ya Tuhan yang menutup keaiban. Ya Tuhan yang menyingkap kesusahan. sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi.

9. Ya Allah! Ya Tuhan yang cahaya kemulianNya dalam rahsiaNya dan rahsiaNya dalam ciptaanNya,sembunyikanlah kami daripada pandangan orang-orang yang sentiasa memandang dan daripada hati orang-orang yang dendam serta orang-orang yang melampau sebagaimana Engkau sembunyikan roh di dalam jasad.sesungguhnya Engkaulah Maha berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah! Tindakkanlah ke atas orang-orang yang menzalimi kami dan menentang kami. Janganlah Engkau jadikan musibat terhadap agama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai cita-cita utama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai tujuan ilmu kami dan janganlah Engkau timpakan kepada kami sebab dosa kami akan kekerasan orang-orang yang tidak gentar kepadaMu dan orang yang tidak mengasihani kami.

10. Ya Allah! Sesungguhnya kami mengadu kepadaMu lemahnya kami, sedikitnya helah kami dan hinanya kami di sisi manusia. Ya Tuhan yang maha mengasihani, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah tertindas dan Engkaulah Tuhan kami. Ya Allah! Kepada siapakah Engkau campakkan kami. Kepada orang-orang yang jauh yang membenci kami atau kepada musuh yang mengancam kami. Jika Engkau tidak murka kepada kami maka kami tidak peduli. Akan tetapi keampunanMu lebih meluas kepada kami daripada dosa-dosa kami. Dengan cahaya wajahMu (kebesaran) yang menerangi kegelapan dan menjadi menjadi baik di atasnya urusan dunia dan akhirat, kami berlindung daripada ditimpakan ke atas kami kemurkaanMu kepadaMulah tempat bermohon sehingga engkau redha. Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi maha Agung.

11. Ya Allah! Engkau telah memerintahkan kami supaya berdoa dan Engkau telah menjanjikan kepada kami dengan diperkenankan doa. Maka perkenankanlah doa kami. Ya Allah! KepadaMulah segala Pujian, kepadaMulah tempat mengadu dan denganMulah tempat memohon pertolongan.KepadaMulah tempat bergantung, maka dengarilah suara doa munajat kami ini. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Berbekas Dahi

Berbekas dahi, satu tajuk yang agak menarik untuk dikongsi dengan pembaca sekalian. Maksud berbekas dahi ini bukan disebabkan eksident atau tercedera kena parang masa main perang-parang masa kecik-kecik, tapi berbekas dahi tanda banyaknnya solat sehingga meninggalkan kesan pada dahi
Bagi tipikal orang Melayu Islam (kena ‘mantion’ Islam sebab dah ada melayu yang tak lagi Islam sekarang) mereka menganggap tanda didahi, masyaAllah, hebat sebab kuat melakukan solat dan orang akan memandang tinggi tehadap orang sebegini. Bagi mereka orang sebegini adalah seorang yang benar dan berhubung rapat dengan Allah. Tapi betulkah semua yang bertanda didahi itu menunjukkan seseorang itu kuat bersembahyang atau dibuat-buat dan digesel-gesel pada sejadah/permaidani/lantai? Kalau betul memang dia memperhambakan diri pada Allah, Alhamdulillah moga amalanya diterima Allah
Benarkah berbekas didahi itu bermaksud seseorang itu kuat melakukan solat?
Hadith riwayat Imam Ahmad dari ‘Aisyah RadiyaLlahu’anha katanya:
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan qiamullail pada awal surah al-Muzzamil. Lalu Rasulullah dan para sahabat menunaikannya sehingga berbekas pada kaki mereka kerana banyak bersembahyang. Kemudian Allah meringankan kepada mereka pada akhir suruh lalu qiamullail menjadi sunat”
Dari hadith diatas dapat dilihat bahawa tanda orang yang kuat melakukan solat adalah tanda berbekas pada kaki mereka bukan pada dahi. Mungkin tanda ini disebabkan lamanya berdiri dan duduk semasa melakukan solat.
Kisah pertama, jika disingkap sejarah zaman Abu Bakar menjadi Khalifah, banyak golongan muslimin yang tak mahu menunaikan rukun Islam yang ke-3 iaitu membayar zakat. Golongan ini semuanya berbekas dahi mereka. Adakah boleh dikatakan golongan ini benar-benar bertakwa kepada Allah? Hal ini juga menyebabkan berlaku perselisahan pendapat antara Abu Bakar dan Umar dalam memerangi golongan ini kerana berbekasnya dahi mereka dan akhirnya golongan ini diperangi.
Kisah kedua, golongan Khawarij yang juga mempunyai bekas didahi. Golongan ini lah yang  bersengkongkol menyebarkan fitnah terhadap Islam bersama Abdullah bin Saba’ (seorang yahudi dari Yaman yang memeluk Islam tetapi berperanan dalam melawan Islam dari dalam). Golongan ini juga yang menyebabkan berlakunya peperangan diantara Ali dan ‘Aisyah didalam peperangan Jamal (unta). Mereka yang menimbulkan provokasi kepada kumpulan Ali dan ‘Aisyah dan akhirnya berlakulah perang saudara yang pertama di dalam Islam iaitu peperangan Jamal ini.
Kisah ketiga, kisah Liwat II yang semakin mendapat liputan meluas diperingkat antarabangsa baru-baru ini sehinggakan kisahnya disiarkan di UK dan seluruh dunia. Lihat lah Saiful Azlan Bukhari. Apa ada pada dia? Carilah sendiri. Penulis malas nak mengulas pasal dia.
Kesimpulannya tanda seseorang yang menunjukkan seseorang itu kuat menunaikan solat bukanlah kepada dahi semata-mata tetapi kesan berbekas pada kaki seperti yang berlaku pada Rasulullah sehingga menyebabkan kaki Baginda sakit kerana telalu lama berdiri menghambakan diri kepada Allah. Maka ubahlah persepsi kita yang salah sebelum ini. Semoga tulisan yang sedikit ini dapat dikongsi bersama.

Dahsyatnya Doa Ibu

Masih dikurniakan nikmatMU..alhamdulillah. Berpeluang bersama usrah Kak Wan pada Jumaat mlm dan bersama beberapa orang sahabat naurah. Banyak pengisian telah dikongsikan pada malam tersebut. Antara yang menyentap hati kecil seorang yang bergelar anak ini ialah "Dahsyatnya Doa Ibu".

Dalam satu Hadith Rasulullah SAW:
"Doa seorang ibu kepada anaknya adalah setanding doa nabi kepada umatnya"

Seorang ibu apabila ia berdoa pasti didengari Allah SWT. Ibu lah melahirkan kita, membesarkan kita, menjaga kita dan segala-galanya yang ibu lakukan demi kebahagiaan dunia akhirat anak2 nya. Tiga jenis doa mustajab, yakni tiada hijab disisiNya iaitu : 1) Doa seorang ibu kepada anaknya, 2) Doa seorang musafir, dan 3) Doa orang yang dizalimi.-riwayat imam bukhari-



Hayatilah kisah ini..

***Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim menceritakan, pada zaman dahulu di negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat kerana ketinggian ilmunya. Dia sangat disukai oleh orang ramai kerana budi dan amalnya. Ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya harum diserata negeri itu. Ibunya sangat berbangga kerana mempunyai seorang anak yang dihormati oleh setiap orang. Di mana-mana sahaja namanya pasti menjadi perbualan orang.

Pada suatu hari, pemuda tersebut bercadang untuk pergi ke Mekah kerana ingin menuntut ilmu dengan lebih tinggi. Dia merasakan bahawa ilmu yang ada padanya masih belum mencukupi. Lantas dia cuba memujuk ibunya agar membenarkan dia pergi. Dengan deraian airmata ibunya berkata, "Anakku, engkau adalah mutiara hatiku. Ibu akan menderita jika engkau pergi ke Mekah. Ibu sudah tua, ibu tidak sanggup untuk berpisah dengan engkau apatah lagi engkau akan berada di sana bertahun-tahun lamanya. Batalkan saja niatmu itu nak", rayu ibunya.

Pemuda itu berasa amat kecewa dengan kata-kata ibunya tetapi semangatnya untuk menuntut ilmu agama di negeri Mekah tidak luntur dari hatinya. Malah dia akan tetap pergi kerana tekadnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Maka keesokan harinya selepas dia mengerjakn solat subuh, dia pun berangkat ke Mekah tanpa menghiraukan nasihat ibunya lagi.

Kini tinggallah ibunya yang sudah tua di rumah bersendirian dengan deraian airmata. Hatinya begitu sakit apabila mengenangkan anaknya yang tidak mendengar nasihatnya lagi.
"Ya Allah", kata ibunya merintih.

Renungan:"Sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba dengan pemergiannya. Maka Engkau turunkanlah seksa kepada anakku itu ya Allah".Setiap kali selepas solat, ibunya akan berdoa seperti itu.

Dalam pada masa yang sama itu, anaknya sudah sampai di Mekah. Di sana dia begitu giat mencari ilmu dan beribadat.
Pada suatu malam yang gelap-gelita, berlakulah suatu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri memasuki rumah seorang saudagar yang kaya. Akan tetapi, perbuatan pencuri itu telah disedari oleh tuan rumah itu. Pencuri itu telah lari lintang-pukang menyelamatkan diri. Tuan rumah itu terus mengejarnya sehingga sampai di sebelah masjid. Oleh kerana terlalu panik, pencuri itu terus masuk ke dalam masjid untuk berlindung.

Kebetulan pada masa itu terdapat seorang pemuda yang sedang khusyuk berzikir. Sebagai helah untuk menyelamatkan diri, pencuri itu terus berteriak sambil menuding jarinya ke arah pemuda yang sedang berzikir itu.
"Pencuri, pencuri….", teriak pemuda itu.
Mendengar teriakan itu, tuan rumah tersebut terus berlari masuk ke dalam masjid dan menangkap pemuda itu.

 Pemuda itu terpinga-pinga apabila dirinya ditangkap, berbagai-bagai penafian dibuat namun tuan rumah itu terus menyeretnya keluar dari masjid itu. Kemudian tuan rumah itu mengikat tangannya lalu membawanya mengadap raja. Dengan perasaan marah, tuan rumah itu terus menceritakan segala kesalahan pemuda tersebut. Tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya serta soal selidik yang terperinci, maka raja itu terus menjatuhkan hukuman ke atas pemuda itu dengan kedua kaki dan tangannya dipotong serta kedua biji matanya dicungkil. Dengan perasaan yang amat hiba pemuda itu menerima hukuman raja dengan tenang.
Setelah hukuman itu dilaksanakan, raja itu memerintahkan pula pemuda itu diarak di khalayak ramai. Di sepanjang jalan, pegawai-pegawai raja itu berkata kepada orang ramai, "Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang."

Sewaktu perarakan itu sampai di sebuah pasar, maka pemuda yang dituduh mencuri itu berkata kepada pegawai raja yang membawanya, "Wahai pegawai, janganlah engkau berkata begitu sebaliknya berkatalah begini, "Inilah balasannya kalau orang menderhaka kepada ibunya."

Para pegawai itu menjadi hairan mendengar arahan pemuda itu. Hati mereka ragu-ragu, apakah ucapan pemuda itu betul ataupun berpura-pura. Akhirnya pegawai itu menyelidik latar belakang pemuda itu dan ternyatalah pemuda itu bukan pencuri yang sebenar. Dengan perasaan kasihan, pegawai itu membebaskannya dan menghantarnya pulang ke rumah ibunya.

Ketika sampai di perkarangan rumah ibunya, para pegawai itu terus meletakkannya di muka pintu rumah ibunya. Keadaannya yang cacat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memanggil-manggil dari luar.
Dari dalam rumah terdengar ibunya sedang berdoa, "Ya Allah, apabila telah turun cuabaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya hamba dapat melihatnya." Oleh kerana dia tidak tahan mendengar doa ibunya itu, tanpa disedari airmatanya jatuh bercucuran. Lantas dia berpura-pura menjadi pengemis.

"Ya puan, berilah hamba sedekah."
"Datanglah sini," terdengar suara dari dalam.
"Bagaimana saya dapat masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki," jawab anaknya.
"Kalau begitu hulurkan tanganmu," jawab ibunya semula.
"Puan, maafkanlah hamba kerana tidak mempunyai tangan kerana telah dipotong."
"Kalau begitu, bagaimana dapat aku memberimu makanan sedangkan aku bukan muhrimmu," jawab ibunya dari dalam.
"Puan janganlah khuatir kerana kedua mata hamba buta."

Ibunya yang masih belum mengetahui bahawa di luar itu adalah anaknya terpaksa keluar membawa sekeping roti untuk disuapkan ke mulut anaknya. Sebaik sahaj roti hendak disuapkan ke mulutnya, pengemis itu terus merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis. "Ibu, maafkanlah saya ibu. Saya adalah anak ibu yang telah mengalami nasib seperti ini. Ibu, saya telah berdosa terhadap ibu, maafkanlah saya ibu."

Setelah mengetahui bahawa pengemis itu adalah anaknya, dia terus memeluk anaknya sambil menangis meraung-raung kerana melihat keadaan anaknya yang mengerikan. Oleh kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya, dia terus berdoa, "Ya Allah, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah hamba maafkan. Tetapi seksa anakku sungguh mengerikan. Hamba tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya Allah, Engkau akhirilah hidupku bersama anakku ini agar kami tidak menanggung malu."

Dengan kehendak Allah Yang Maha Esa, doa ibu itu telah dikabulkan. Akhirnya dia dan anaknya mati bersama-sama. Begitulah nasib anak yang tidak menuruti perintah orang tua, dan orang tua yang kurag redha walaupun di dalam mencari ilmu.
******************

Ibu, maafkan ank mu ini. andaikata pernah mengguris hatimu. Redhakan aku dalam meneruskan perjuangan ini ibu.. Sama-sama kita terus berbakti kepada kedua ibu bapa kita selagi hayat mereka masih ada, jangan kita menyesal di suatu masa nanti.
.
" Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya dalam masa dua tahun. dengan demikian bersyukurlah kepadKu dan kepada kedua ibu bapamu serta kepada Aku jua tempat kembali". -Luqman : 14-
.
Renungilah kisah ini bersama. Moga ia menjadi iktibar buat kita kerana Doa seorang ibu itu tiada hijab lagi disisiNya. Ya Allah berkati dan lindungi kedua ibu bapaku..RINDU....
wallahualam

Catatan hari ini..Selasa..10.37pm

Telah banyak masa berlalu..umur semakin tua..tahun ini dah masuk 34 tahun usia ku..bukan lagi masa untuk berseronok tak tentu hala..inilah masa yang paling sesuai untuk aku baiki dan terus membaiki diri ini..Ya Allah panjangkan umurku dalam ketaatan kepadaMu..jadikanlah setiap saat kehidupan aku bermula hari ini dengan sentiasa berzikir kepadaMU..Bimbing dan pimpinlah aku..


Kuliah maghrib di masjid balok makmur..Tafsir surah Ali Imran..
- Banyakkan berdoa kepada Allah dengan doa yang selalunya dibacakan oleh Rasulullah SAW..

Sunday, April 18, 2010

Peringatan bersama bagi mereka yang BERJUANG DI JALAN ALLAH

Just nak kongsi sebuah artikel yg agak menarik....Rasanya ramai dah pernah baca email ni.....marilah sama2 kita muhasabah diri kita.....rasanya saya dan shbt semua kena byk belajar mengawal hati & prsn ni dari terjebak ke kancah maksiat....






MEREKA YANG KONONNYA BERJUANGSEBENARNYA BERJIWANG

Message: Message: 1. hai boleh sayerkenal sayertertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung
labuh awk...... sayer harap kiter boleh berkenalan.. ..ukhwah fillah eh orang kater... sayer x pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan kekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.

4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer... ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcmmaner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tp sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer
lepak ebab malukan... hehehr...tq. ..sayer cinta awk...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?

6.wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer;)sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer...tq sayang...

7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,,yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk...

8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer x der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga ahsia kiter... just msg je kan...

9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawa lah kekawan k,,, tq yang...

10.tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan. ..

11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....

12.ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judt makin cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh jari ayg, tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg kat ayang.. ayang suker jumper abg?tq yang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer. .. nanti abg bawa kawn abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malu
malu lak dier,,,ayang td cantik...

14.tq jumper td,ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayang n kawan abgmcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAh membrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k...

15.yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper tandanyer?
50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,
16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lah gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbr nie abg wat wallpaper hp...

17.yang, cintakan abg berape peratus? sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u sayang....

18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara, ayang kan milik abg...tq paham abg...

19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang,,,,

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --

Adakah anda salah seorang yang tersenyum apabila membaca perenggan-
perenggan di atas? Saya adalah salah seorang yang tersenyum. Senyum kerana terkena pada diri sendiri atas sikap yang lalu. Senyum tersebut yang pada mulanya rasa suka bertukar menjadi benci. Senyum bertukar pada pemikiran. Berfikir akan
sebuah lagi sifat-sifat najis yang berada di dalam diri kita semua.

Percaya ataupun tidak, ayat-ayat najis di atas turut digunakan oleh individu yang mengaku memperjuangkan Islam dan mengaku berdakwah. Seperti saya contohnya, dengan lantang saya menulis, bercakap di majlis-majlis keramaian dan usrah tentang dakwah, marhalah, takwin,tanzim dan sebagainya namun apabila
berada di belakang ahli jemaah lain, menjadi taik, menjadi najis kepada perjuangan Islam. Atas kesedaran betapa kotornya najis ini, maka ia perlu di istinjak! Perlu di buang! Walau di depan orang atau di belakang orang, saya mesti menjadi 'orang yang sama'. Tidak hipokrit! Tidak berpura-pura!

Jika di lihat rentetan perenggan di atas, ia adalah satu proses merosakkan masa depan seorang ahli jemaah. Ramai ahli jemaah yang keluar dari jemaah berpunca seperti kes di atas. Mereka keluar jemaah kerana berasa seronok dengan buaian nafsu dan sedar pada masa yang sama, jemaah melarang perbuatan itu. Setelah barangkali melakukan istikharah (istikharah taik kucing), maka dia membuat
keputusan melepaskan jemaah bagi meneruskan agenda hidupnya yang dirasakan amat seronok dan amat termotivasi iaitu cinta!

Seronoknya bercinta. Semua orang tahu. Ramai yang telah dan sedang mengalaminya. Bercinta sesama ahli jemaah terasa bagaikan sebuah perjuangan Islam yang indah. Setiap hari, bahkan mungkin setiap setengah jam, ada saja sms -sms peransang berjuang, sms tazkeerah, sms khaifahaluk, sms apa sahaja tentang Islam! INDAH! Sangat Indah! Siapa yang tidak suka akan sebuah keindahan? Semua orang suka. Semangat berjuang membuak-buak. Keinginan berjuang mendesak-desak. Masakan tidak, cinta dan berjuang adalah nikmat yang sangat istimewa. Bila keduanya bercantum, maka nikmat itu menjadi kuasa dua. Tentulah seseorang yang bercinta dalam jemaah itu menjadi hebat, mantap dan sebagainya.

Namun, ramai yang terlupa, nikmat berjuang bukanlah dibuktikan melalui rasa seronok, rasa riang, rasa gembira, rasa suka. Nikmat Cinta memang dibuktikan dengan perkara tersebut, tetapi berlainan pula dengan nikmat berjuang. Nikmat berjuang yang sebenar adalah ketika mana seorang pejuang itu diuji oleh Allah dengan sesuatu ujian. Berjuang dirasakan amat indah apabila ditentang, di halang
dengan pelbagai rintangan. Itulah nikmat berjuang! Sama sekali bukan hanya sms-sms 'selamat berjuang' daripada seorang kekasih. Bukan sms peneman dikala hadir ke program jemaah. Bukan sms peringatan ketika dalam perjalanan ke program jemaah. Bukan bukan dan bukan! Itu bukan berjuang. Itu bercinta. Jemaah hanya spare part ketika itu.

Lantaran itu, seseorang ahli jemaah yang bercinta dan dalam masa yang sama dia juga berada dalam saf perjuangan hendaklah memastikan bahawa, cinta pada kekasih itu hanya sekadar sementara dan jangan dijadikan sebagai satu aset tetap
dalam perjuangan. Jika tidak, akan berlaku kekeliruan antara duanya yang mana, jika berlaku konflik pada percintaan, maka ia akan mempengaruhi potensi dan komitmen sang pejuang tadi.

Jika terlalu street mengatakan, AHLI JEMAAH JANGAN BERCINTA!, pun saya rasa tidak boleh. Ini bukan dunia zaman dahulu yang mana pergaulan masih terbatas. Anak dara duduk di rumah dan pulang sebelum senja. Anak dara dilarang keluar malam. Perkahwinan pula diaturkan oleh ibu bapa. Sekarang tiada lagi situasi itu. Keadaan sekarang sudak tidak terkawal. Ibu bapa hanya tawakkal dan mnyerahkan pada takdir tentang masa depan anak mereka. Jika dahulu, kehebatan anak-anak mudanya kerana ia terkawal. Ibu bapa umpama raja yang dihormati anak-anak. Suruh ke masjid, ke masjid lah. Suruh berkebun, berkebun lah.. Suruh kahwin,
kahwinlah... .

Namun, jika ingin bercinta wahai sahabatku sekalian.... berhati- hatilah. Bercinta bermakna sedang menghadapi risiko. Risiko yang terlalu banyak. Antaranya mungkin, putus cinta, putus jemaah, dan macam-macam lagi. Saya ada satu kes
perihal dua orang ahli jemaah yang memegang jawatan tertinggi dalam tanzim jemaah. Keduanya bercinta atau istilah lain bercouple. Mereka sudah hampir bertunang. Sememangnya mereka saling cinta mencintai antara satu sama lain.
Ditakdirkan, ibu kepada muslimat ini menolak cinta mereka kerana berlainan negeri. Ibu muslimat ini mahu menantunya satu negeri dengannya. Puas muslimat ini memujuk ibunya agar menerima muslimin tadi, namun sia-sia sahaja. Akhirnya, muslimat ini akur akan permintaan ibunya. Dengan berat hati, diberitakan jua
kepada 'calon'nya si muslimin ini tadi. Apa responnya? TIDAK!! Tak BOLEH! Itulah respon seorang ahli jemaah muslimin yang pernah (atau sedang) memegang jawatan tinggi dalam tanzim. namun, keputusan muslimat ini muktamad. Kehendak ibu mesti diutamakan. Muslimin ini bingung. Terkejut. Terkesima. Satu perkara yang tidak pernah terduga di dalam akal fikirannya. bayangkan, sudah merancang untuk
bertunang, tetapi ia BERUBAH sekelip mata. Cuba anda kelip mata anda sekarang. Buka. Ya, sepantas itulah ia berubah!

Apa yang terjadi selepas itu? Muslimin ini kehilangan arah. Dikacaunya 'bekas calon' nya itu setiap masa. Call, sms, call di tengah malam, mengganggu di perjalanan nak ke kuliah, tarik tudung, memegang tangan secara kasar dan pernah menunggu di pintu masuk kolej. Pernah cuba untuk berbuat 'perkara terkutuk' di dalam lif apabila muslimin ini sentiasa mengekori muslimat tadi. Muslimat ini menjadi takut. Fobia. Trauma. Mengapa ini terjadi? Bukankah dia pimpinan? Mengapa tidak bersedia sebarang risiko di alam percintaan? Kini muslimin itu menjadi najis dalam
perjuangannya di kampus itu. Amanah pada jawatan tetap dilaksana malah menjadi pengerusi pada program-program penting jemaah seperti tamrin dan rehlah. Tetapi, aktiviti sampingannya ialah seperti seorang gila yang menagih kasih seorang wanita. Kasihan!

Banyak lagi kes-kes yang saya simpan dalam diari dan hard disk saya. Ini salah satu daripada beratus kes malah mungkin beribu. Sebenarnya, banyak najis-najis yang mendiami rumah jemaah sekarang. Lantaran itu, jika kita lihat, kekuatan jemaah Islam semakin kendur dan lemah. Suara yang dibuat-buat lantang atau sengaja menjerit- jerit ketika demontrasi lansung tidak menakutkan dan mengetarkan lawan malah hanya ditertawakan. Najis najis ini pandai menutup aibnya sendiri. najis ini pandai mengawal 'bau busuk' nya agar tidak dapat dihidu oleh orang lain khususnya yang berada sejemaah dengannya.
Bagaimana mengatasi? Entah! Saya sendiri bingung memikirkannya. Hakikatnya, Dunia Cinta yang melalaikan perlu ditinggalkan! Itu step pertama! Sanggup? Jika step pertama pun sudak tidak sanggup, bagaimana hendak pergi ke step kedua...